[ad_1]

KUALA LUMPUR: Proton X70 yang dilancarkan pada 12 Disember 2018 telah dinamakan sebagai Kereta Terbaik Keseluruhan 2019, ini merupakan kali pertama model Proton memenangi pengiktirafan berprestij itu di Anugerah Kereta Tahunan Malaysia ke-18.

Proton X70, kenderaan utiliti sukan (SUV), segmen C yang serba mewah dan yang paling popular di Malaysia itu, turut menggondol pengiktirafan dalam kategori SUV 5 tempat duduk/sederhana, manakala Ketua Pegawai Eksekutif Proton (CEO), Dr Li Chunrong telah diberi penghormatan sebagai Individu Automotif tahun ini.

“Melalui pengiktirafan itu, Dr Li Chunrong menjadi CEO Proton ketiga yang menerima penghargaan tersebut,” kata syarikat pengeluar kereta nasional itu hari ini.

BACA: Jualan Proton meningkat 100 peratus, terjual 9,643 unit pada November

BACA: Proton X70 sebagai kenderaan rasmi APEC 2020

Proton Saga yang baru-baru ini menerima peningkatan turut menjadi pemenang, ia menerima anugerah sebagai Sedan Peringkat Permulaan dan Hatchback.

Ia menarik banyak perhatian sejak dilancarkan pada 6 Ogos 2019.

“Sehingga kini, lebih 42,000 tempahan telah diterima dan sejak dua bulan terakhir 2019, ia menjadi sedan segmen A yang paling laris di Malaysia,” katanya.

Kesimpulannya, pencapaian terbaru yang diraih Proton turut merangkumi peningkatan jualan sebanyak 55.7 peratus pada 2019 iaitu kepada 100,821 unit, termasuk penubuhan 120 cawangan 3S/4S, yang paling banyak bagi mana-mana jenama kereta di Malaysia.

Syarikat juga telah menyediakan kemudahan pengeluaran baharu di Tanjung Malim pada 2019 dan telah kembali mencatatkan keuntungan. – BERNAMA



[ad_2]
Source link