[ad_1]

PUTRAJAYA: Protokol yang sama perlu dipersetujui oleh kedua-dua buah negara sebelum sebarang kebenaran rentas negara dibenarkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sedang dan telah mengenal pasti beberapa negara sebelum perbincangan lanjut dilakukan.

Ujarnya, perbincangan itu turut meliputi protokol dan garis panduan bersama merangkumi saringan di negara asal, saringan di negara dilawati serta proses rawatan.

“Apabila kita lihat kepada zon hijau atau negara hijau, kita panggilnya gelembung perjalanan. Jadi kita perlu bincang dan putuskan SOP dengan persetujuan dua buah negara.

“Apakah yang perlu kita lakukan jika ada kes positif? Adakah perlu dikuarantin? Jadi sebagai contoh, jika anda dari Johor hendak ke Melaka, kita tidak kuarantin anda, tidak melakukan ujian swab.

“Jadi kita guna konsep yang sama sekarang di peringkat antara negara. Jadi kita perlu kenal pasti negara dahulu, kemudian kita bincang perincian SOP dengan negara tersebut.

“Ia perlu secara bersama dan timbal balik. Jadi kita akan guna protokol sama di kedua-dua pihak, barulah kita benarkan (rentas negara),” katanya pada sidang media harian di sini hari ini.

Sebelum ini wujud cadangan untuk mewujudkan gelembung perjalanan antara negara terutama dalam kalangan anggota ASEAN bagi merancakkan kembali sektor pelancongan dan ekonomi di rantau ini.



[ad_2]
Source link