[ad_1]

BEIJING: Beijing meneruskan proses saringan kesihatan terhadap kontak rapat pesakit yang disahkan positif COVID-19 susulan penularan di pasar borong Xinfandi dan kawasan setempat.

Di daerah Fengtai iaitu lokasi pasar borong tersebut, proses saringan besar-besaran dilakukan pada Rabu dengan lebih 1,400 petugas perubatan dari 26 pusat perubatan terlibat untuk mendapatkan ujian swab dari 80,000 penduduk tempatan.

Ia selepas sebuah padang dijadikan kawasan lapangan ujian bagi melakukan proses saringan tersebut.

Sampel yang diambil akan dihantar kepada institusi pihak ketiga bagi ujian asid nukleik.

Setakat ini, Beijing merekodkan penurunan kes positif COVID-19 selepas negara itu mengambil langkah ketat dalam mengekang penularan virus tersebut.

Sebanyak 28 kes baharu dilaporkan pada Khamis, menyaksikan penurunan daripada 31 kes pada hari sebelumnya.

Daripada jumlah tersebut, 21 kes merupakan kes jangkitan tempatan, manakala empat adalah kes penularan dari luar negara.

Tiga lagi kes dikesan di bandar Tianjin dan wilayah Hebei, di mana kedua-dua kawasan tersebut adalah bersempadan Beijing.

Dalam perkembangan sama, tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah  kumulatif kematian sebanyak 4,634 kes di negara itu.

Minggu ini, Beijing bertindak menggantung dan menghadkan aktiviti pelancongan di dalam dan luar bandar bagi mengawal penularan COVID-19.

Setakat ini, China merekodkan 83,293 kes positif COVID-19.

BACA: Catat kes baharu COVID-19 enam hari berturut-turut, Beijing tingkatkan tahap amaran



[ad_2]
Source link