[ad_1]

GOMBAK: Polis telah membuka kertas siasatan berhubung insiden pertengkaran di Batu Caves yang melibatkan anggota Jabatan Imigresen pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, siasatan dibuka dibawah Seksyen 186 / 506 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas serta melakukan ugutan jenayah.

Beliau turut memaklumkan, tiga laporan polis telah diterima pihaknya berhubung insiden itu.

Dua daripadanya dibuat oleh pihak Imigresen manakala satu lagi laporan dari peniaga yang berada di perkarangan kuil berkenaan.

“Pihak kami menerima dua laporan polis daripada pihak Imigresen yang dibuat pada jam 2 petang
dan 2.15 petang.

“Manakala satu lelaki India berumur 35 tahun selaku peniaga diperkarangan kuil membuat laporan pada jam 2.30 petang dan menafikan menghalang penjawat awam semasa kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan media.

Ketiga-tiga pengadu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.

Video insiden pertengkaran antara beberapa individu dan pasukan Imigresen itu tular di media sosial sejak Jumaat.

Video berdurasi 58 saat itu, antara lain memaparkan pasukan Imigresen yang menjalankan operasi di kawasan itu didatangi beberapa individu tertentu yang tidak berpuas hati dengan kehadiran mereka sebelum membatalkan operasi berkenaan.

BACA: Tiada rusuhan berlaku di Batu Caves seperti yang ditularkan – Polis

BACA: Insiden Batu Caves: Ada warga asing berniaga, operasi Imigresen pula dihalang – Muhyiddin



[ad_2]
Source link