Polis mengesahkan lelaki yang ditemukan terbaring di tepi jalan di Jalan 3 Tepi Laut, Pekan Tanjung Sepat di Kuala Langat pada Rabu lalu meninggal dunia akibat Covid-19.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor Saleh berkata pihak polis dimaklumkan oleh orang ramai mengenai lelaki itu sekitar jam 5 petang pada hari kejadian.

“Anggota kemudian menghubungi pegawai kecemasan Klinik Kesihatan Tanjung Sepat untuk bantuan ambulans ke lokasi kejadian dan sebaik pasukan itu tiba, pemeriksaan mengesahkan lelaki tempatan berumur 53 tahun terbabit sudah meninggal dunia,” katanya dipetik Harian Metro.

Ahmad Ridhwan berkata siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Banting untuk prosedur lanjut, sebelum mengesahkan kematian akibat Covid-19.

Terdahulu, tular video selama 19 saat di media sosial, yang memaparkan petugas perubatan memeriksa seorang lelaki yang terbaring di tepi jalan.


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.