MELAKA, 25 Ogos (Bernama) — Polis Melaka menumpaskan sindiket penipuan pembelian dalam talian rentas negara, yang menggunakan platform e-dagang menjual barangan elektrik dengan penahanan sepuluh lelaki, termasuk dua warga China pada Jumaat lepas.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, kesemua suspek ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah banglo dua tingkat di Klebang, yang disyaki dijadikan pusat operasi sindiket berkenaan yang aktif sejak Jun lepas, kira-kira jam 2.30 petang.

Beliau berkata kesemua suspek berusia 19 hingga 36 tahun itu ditahan ketika sedang melayari laman sesawang iklan barangan, yang dipercayai digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan pembelian dalam talian berkenaan.

“Dipercayai kesemua suspek diupah dengan gaji RM2,500 hingga RM3,000 sebulan, untuk melayari platform e-dagang dari China itu dengan membuat tanda suka dan kongsi, bagi menaikkan rating barangan elektrik yang diiklan untuk mempengaruhi pelanggan.

“Siasatan juga mendapati sindiket ini menyasarkan pembeli dari luar negara, dengan pelanggan yang terpengaruh dengan iklan itu akan membuat pembayaran namun barangan yang dibeli itu tidak sampai, menyebabkan mereka rasa ditipu. Kerugian dianggarkan antara RM150,000 hingga RM200,000,” katanya dalam satu sidang akhbar secara dalam talian di sini hari ini.

Mengulas lanjut Abdul Majid berkata, polis turut merampas pelbagai barang kes yang dipercayai digunakan dalam aktiviti penipuan itu, membabitkan dua set komputer, enam komputer riba, lima telefon bimbit, satu pasport dan tiga buku nota, yang mempunyai senarai nama pelanggan.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan itu tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala dua lelaki warga China itu didapati hanya seorang mempunyai dokumen perjalanan yang sah namun telah tamat tempoh, dan seorang lagi tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

“Lapan warga tempatan berkenaan direman selama satu hari dari tarikh ditangkap dan telah dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu siasatan selesai.

“Dua lelaki warga asing yang ditangkap itu pula direman 14 hari untuk siasatan lanjut atas kesalahan masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, selain kesalahan tinggal di negara ini melepasi tamat tempoh,” katanya.

Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tinggal di Malaysia setelah pas tamat dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.

Sumber: BERNAMA


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.