[ad_1]

HONG KONG: Pihak polis Hong Kong mengumumkan akan menghentikan penguatkuasaan undang-undang antitopeng selepas Mahkamah Tinggi memutuskan larangan itu tidak mengikut perlembagaan.

Menurut Penguasa Kanan Polis Hong Kong, Superintenden Li Kwai-wah, undang-undang antitopeng itu digunakan sebelum ini semasa perhimpunan haram tetapi keputusan penguatkuasaan diputuskan oleh mahkamah.

“Mahkamah mempunyai pendapat mengenai undang-undang ini (antitopeng), jadi kami sebagai jabatan yang menguatkuasakan undang-undang, akan menghentikan penguatkuasaan undang-undang ini sehingga diumumkan kelak,” katanya.

Keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin itu menyatakan bahawa larangan tersebut melanggar hak asasi melangkaui kewajaran dan justeru gagal memenuhi ujian imbangan.

Terdahulu, kerajaan memutuskan untuk menggunakan larangan tersebut menerusi kuasa pada waktu kecemasan bulan lepas.

Pada Isnin, penunjuk perasaan dan polis rusuhan terus bertempur di luar sebuah universiti di Hong Kong.

BACA: Polis serbu universiti, ancam tembak penunjuk perasaan dengan peluru hidup

Difahamkan sejak beberapa hari lalu penunjuk perasaan membina kubu di kampus universiti bagi menyekat kemasukan polis ke dalam kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, polis rusuhan kini telah mengepung kawasan tersebut, sementara kumpulan berkenaan berusaha untuk keluar bagi mengelak ditahan.

Pihak berkuasa melepaskan gas pemedih mata sehingga memaksa ratusan penunjuk perasaan kembali memasuki kawasan kampus.

BACA: Tangguh perjalanan tidak penting ke Hong Kong – Wisma Putra



[ad_2]
Source link