[ad_1]

ALOR SETAR: Polis sedang mengesan ibu kepada bayi yang ditemui atas bangku di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar pada Ahad.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian itu.

Tambahnya lagi, bayi perempuan terbabit masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan dalam keadaan stabil.

Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian jam 7 pagi Ahad, bayi berkenaan ditemui berbalut dengan kain batik dan ditemui di hadapan sebuah rumah di Kampung Sakan, Jalan Datuk Kumbar.

Bayi seberat 2.6 kilogram itu ditemui dalam keadaan masih bertali pusat dan bahagian badan serta mukanya dihurung semut.



[ad_2]
Source link