[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tindakan kejam sekumpulan wanita yang mendera seekor anak kucing sehingga mati baru-baru ini kini mendapat perhatian pihak berkuasa yang akan memburu mereka.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan dan menjalankan siasatan lanjut.

“Laporan polis pertama dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Tempat kejadian dan suspek yang terbabit belum dikenal pasti namun polis sedang menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.

Rakaman tiga wanita memijak seekor anak kucing sehingga mati itu menjadi tular di laman sosial sejak Khamis menyebabkan banyak pihak mengecam tindakan mereka.



[ad_2]
Source link