[ad_1]

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu individu yang melakukan perbuatan jijik dengan melumurkan najis manusia di sebuah lif Blok D Pangsapuri Taman Medan Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pukul 10.27 pagi, pada Rabu.

“Suspek dipercayai penduduk flat tersebut dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sedang diteliti.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Mohd Zani berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian diminta tampil di balai polis berdekatan untuk membantu siasatan.



[ad_2]
Source link