[ad_1]

KUALA LUMPUR: PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Ahad berkata Muhyiddin menyebut UEC telah mendapat pengiktirafan sebahagian (partial recognition) apabila kerajaan lalu menerima lepasan sijil tersebut mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Penguruan (PISMP) dalam Bahasa Cina di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

“Perdana Menteri juga menegaskan UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan sekiranya mahu dipertimbangkan penyelesaiannya oleh kerajaan pada masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan media Pejabat Perdana Menteri berhubung isu pengiktirafan UEC.

Kerajaan pada 2012 telah menerima lepasan UEC untuk mengikuti PISMP dalam Bahasa Cina dengan syarat mereka lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat lain yang turut ditetapkan kepada lepasan UEC adalah memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu.

Pada Khamis lalu, Muhyiddin memuat naik beberapa keping gambar dan status berhubung kunjungan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zhong) ke atasnya di Parlimen.

Sumber Facebook ts.muhyiddin
 



[ad_2]
Source link