[ad_1]

MANCHESTER: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa beliau mencabul dua wartawan wanita pada majlis makan tengah hari, 20 tahun lalu.

Bercakap pada Persidangan parti Konservatif di Manchester, Johnson menegaskan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, Johnson yang baharu memegang jawatan tersebut pada Julai lalu lebih memilih untuk memberi tumpuan kepada agenda utama persidangan tersebut.

Tegasnya, rakyat mahu mendengar usaha yang dilakukan kerajaan dalam meningkatkan  taraf hidup termasuk rancangan pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah pada 31 Oktober.

Terdahulu, Johnson terpalit kontroversi selepas dituduh melakukan serangan seksual dengan bertindak meraba paha dua wartawan wanita dalam kejadian pada tahun 1999.

Dakwaan tersebut muncul selepas Wartawan Sunday Times, Charlotte Edwardes mendakwa Johnson, yang ketika itu bertugas sebagai penyunting bertindak meletak tangan di pahanya.

Dia juga mendakwa Johnson melakukan perkara yang sama ke atas wanita lain pada majlis yang sama.

Bagaimanapun, Pejabat Johnson mengeluarkan kenyataan ringkas pada Ahad menyatakan “Dakwaan itu tidak benar.”



[ad_2]
Source link