[ad_1]

PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) sebelum membenarkan taman didikan kanak-kanak (tadika) swasta beroperasi semula.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin sebaik sahaja SOP tersebut diluluskan.

“Kementerian Pendidikan sedang menyiapkan SOP. Saya difahamkan Menteri Pendidikan akan mengumumkan SOP, bila ia boleh dibuka dan sebagainya.

“Kita tunggu pengumuman daripada Menteri Pendidikan nanti,” katanya dalam sidang media harian, di sini pada Khamis.

Terdahulu, media melaporkan kira-kira 10,000 pengusaha tadika swasta berdaftar di seluruh negara berdepan ancaman gulung tikar akibat terbeban dengan masalah kewangan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lalu.

Mereka dilaporkan semakin bimbang apabila nasib sektor itu masih samar disebabkan belum dibenarkan beroperasi.



[ad_2]
Source link