[ad_1]

KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menafikan dakwaan bahawa 60 peratus penjawat awam hadir ke pejabat pada hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebaliknya, JPA menjelaskan kementerian dan jabatan melaporkan kehadiran hanya antara 15 peratus hingga 35 peratus sahaja.

“Selebihnya penjawat awam diberi pilihan untuk Bekerja Dari Rumah selaras dengan saranan JPA mengenai Operasi Pejabat Kerajaan Semasa Tempoh PKPB yang dikeluarkan pada 2 Mei 2020,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia (KKMM) pada Selasa.

BACA: Pejabat kerajaan beroperasi dengan kehadiran berpadanan pada hari pertama PKPB

Selain itu, kenyataan sama turut menyebut, Rapid KL menafikan berlaku kesesakan di stesen MRT Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Isnin iaitu hari pertama PKPB dikuatkuasakan seperti tular di media sosial.

“Keadaan adalah terkawal dan tiada sebarang kesesakan luar biasa berlaku,” tegas Rapid KL.



[ad_2]
Source link