[ad_1]

KABUL: Pasca pilihan raya Presiden Afghanistan, undi-undi kini mula dikira bagi mengetahui siapa bakal memenangi pilihan raya tersebut yang berlangsung pada Sabtu.

Proses demokrasi itu bagaimanapun dibayangi tuduhan penyelewengan undi.

Sementara itu, serangan puak Taliban, yang bertujuan mengganggu proses pilihan raya di kawasan selatan serta utara, menyebabkan puluhan orang maut.

Kebanyakan warga Afghanistan merungut mengenai senarai daftar pemilih yang didakwa kurang lengkap, sistem biometrik yang tidak cekap, serta tiada kerjasama yang baik dalam kalangan petugas pilihan raya.

Pada Sabtu, warga Afghanistan keluar mengundi untuk memilih presiden baharu bagi tempoh lima tahun akan datang.

Presiden baharu itu kelak akan mewarisi sebuah negara yang sarat dengan konflik, pertikaian bersama Taliban dan perang tanpa kesudahan selama lebih empat dekad.

Seramai 16 calon termasuk penyandang presiden, Ashraf Ghani dan bekas menteri luar, Abdullah Abdullah bertanding merebut jawatan presiden kali ini.

Keputusan pusingan pertama pilihan raya hanya akan diketahui tiga minggu kemudian.



[ad_2]
Source link