[ad_1]

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad melancarkan Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation yang berfungsi sebagai sistem sokongan kepada pegawai-pegawai agensi anti rasuah yang telah mangsa penganiayaan ketika menjalankan tugas.

Menariknya, pengenalan yayasan ini menjadikan Malaysia antara negara paling hadapan dalam usaha memerangi rasuah.

Dana ini diwujudkan selaras dengan perkara yang dinyatakan dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Berkenaan Pencegahan Rasuah (UNCAC) iaitu untuk memberi perlindungan kepada pegawai penguatkuasa agensi antirasuah bagi negara-negara yang menjadi ahli kepada Pertubuhan Pihak Berkuasa Pencegahan Rasuah Antarabangsas (IAACA).

“Apa yang membuat tabung ini istimewa dan penting ialah kerana ia bertindak sebagai sistem sokongan untuk pegawai-pegawai anti-rasuah yang telah menjadi mangsa penganiayaan dalam menjalankan tugas.

“Kita tahu bahawa memerangi dan mendedahkan jenayah rasuah sangat berbahaya dan dunia telah menyaksikan banyak individu yang cuba berbuat demikian, membayar harga yang mahal, termasuk mengorbankan hidup mereka.

“Kita berada di sini untuk memberitahu dunia bahawa semua pegawai anti rasuah yang melakukan pengorbanan besar dalam tugas mereka, adalah juara dan wira kita,” kata beliau.

Pada majlis itu Tun Mahathir juga mengumumkan anugerah Perdana International Anti-Corruption Champion Foundation kepada Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, mendiang Datuk Anthony Kevin Morais dan Novel Baswedan, Ketua Penyiasat Komisi Pembanterasan Rasuah, Indonesia.

Perdana Menteri turut memberi penghormatan kepada beberapa individu lain, iaitu bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz dan bekas Pesuruhjaya Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Datuk Seri Shukri Abdull.



[ad_2]
Source link