ALMATY: Timbalan Perdana Menteri Kazakhstan, Roman Sklyar memaklumkan pesawat milik Bek Air yang terhempas di Almaty pada Jumaat menemui dua corak pada bahagian tepi pesawat yang dikenal pasti sebagai Fokker-100 itu.

Dalam satu sidang media, Sklyar turut menjelaskan pesawat tersebut menyentuh landasan dua kali semasa berlepas dan kerosakan berlaku pada bahagian depan pesawat.

“Hari ini, kami mendapati dua corak pada bahagian tepi pesawat iaitu pada bahagian ekor pesawat pada jarak antara 300-400 meter yang bermaksud pesawat menyentuh landasan dua kali ketika berlepas.

“Kebanyakan penumpang yang berada pada bahagian hadapan pesawat terkorban. Perakam penerbangan telah dijumpai dan telah dibawa untuk diperiksa,” ujarnya.

Kejadian tersebut telah menyebabkan sekurang-kurangnya 12 maut manakala lebih 50 yang lain cedera dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

BACA: 7 terbunuh dalam tragedi pesawat terhempas di Kazakhstan

Pesawat yang membawa 98 penumpang itu hilang kawalan semasa berlepas, sebelum melanggar pagar konkrit dan sebuah bangunan dua tingkat.

Pesawat tersebut dijadualkan berlepas ke ibu kota negara itu, Nur-Sultan dari Almaty.

Menurut pihak berkuasa, semua pesawat milik Bek Air yang menggunakan model Fokker-100 di Kazakhstan kini digantung sehingga siasatan lanjut selesai.





Source link