PASIR SALAK: Seorang juruterbang berdepan detik cemas apabila pesawat ringan muatan racun yang dipandunya terhempas di kawasan Felcra Berhad Jejawi dekat Kampung Gajah, di sini pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Suprintenden Barudin Wariso, Muhammad Zakwan Hakem Mazlan, 29, bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan pada kira-kira jam 10.25 pagi itu.

Katanya, pihaknya menerima makluman daripada Balai Polis Jejawi pada jam 11.15 pagi menyatakan sebuah pesawat ringan terjatuh terhempas di kawasan Felcra Berhad Jejawi.

Ujarnya, pesawat ringan itu ditunda ke pejabat Felcra Seberang Perak untuk siasatan lanjut. - Foto PDRM

Katanya lagi, pesawat yang dipandunya itu dari jenis pesawat ringan Gyrocopter tanpa penumpang dan hanya mengisi muatan racun serangga bagi tujuan semburan di sawah padi peringkat lapan dan sembilan Felcra Seberang Perak.

Barudin menambah, lokasi kejadian telah dikawal oleh anggota Balai Polis Jejawi, di samping pihak berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut.

Ujarnya, pesawat ringan itu ditunda ke pejabat Felcra Seberang Perak untuk siasatan lanjut.





Source link