Ahli Majlis Tertinggi Umno, Razlan Rafii menyambut baik pertemuan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob dengan beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) hari ini.

Malah, Razlan berkata langkah yang diambil kedua-dua pihak itu diyakini dapat mengembalikan kepercayaan pelabur dalam dan luar negara terhadap Malaysia.

“Apabila negara dan rakyat menjadi keutamaan, tidak akan ia jadi salah langkah.

“Berita kestabilan ini akan mendorong para pelabur luar dan dalam negara menaruh kepercayaan semula. Jangan berhenti berdoa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Terdahulu, petang tadi, ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Harapan (PH) – Presiden PKR Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng – menyertai pertemuan yang dibuat atas jemputan Pejabat Perdana Menteri.

Mesyuarat hari ini diadakan susulan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah supaya ahli parlimen dan pemimpin politik meredakan suhu politik dalam negara.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakub dalam satu kenyataan bersama pemimpin PH memberi jaminan bahawa mereka akan mencari titik persamaan terbaik bagi menangani krisis penularan wabak Covid-19 dan ekonomi negara.

Seri Paduka sebelum ini turut menzahirkan pandangan supaya ahli-ahli Dewan Rakyat dapat bersatu hati serta berusaha mewujudkan perpaduan dan penyatuan semua parti-parti politik.

Al-Sultan Abdullah juga bertitah supaya mereka memberi fokus kepada isu-isu semasa dan menjernihkan kembali kekusutan yang telah berlaku dengan kadar yang segera.


Source link

Join to newsletter.

Curabitur ac leo nunc vestibulum.

Thank you for your message. It has been sent.
There was an error trying to send your message. Please try again later.

Continue Reading

Get a personal consultation.

Call us today at (555) 802-1234

Request a Quote

Aliquam dictum amet blandit efficitur.