GEORGE TOWN: Perkhidmatan kereta api funikular Bukit Bendera yang tergendala sejak semalam sudah beroperasi semula petang Ahad.

Perbadanan Bukit Bendera (PHC) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan kawasan pelancongan itu ditutup sementara dan sudah dibuka semula kepada orang ramai selepas masalah kerosakan sistem pulih sepenuhnya petang Ahad.

“Masalah kerosakan sistem sudah berjaya diatasi dan perkhidmatan keretapi sudah mula beroperasi pada jam 4.45 petang tadi dan kaunter tiket dibuka kepada orang ramai sekitar jam 4.30 petang.

PHC mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas sokongan, kesabaran dan kerana memahami masalah yang berlaku pada Sabtu.

PHC juga meminta maaf dan kesal atas apa yang telah berlaku dan berharap orang ramai akan terus berkunjung ke Bukit Bendera.

BACA: Lebih 900 pengunjung terkandas di Bukit Bendera berjaya dibawa turun

Seramai 966 pengunjung Bukit Bendera terkandas apabila perkhidmatan kereta api funikular tergendala berikutan mengalami masalah kerosakan sistem.

Bagaimanapun, kesemua  793 pengunjung dari stesen atas dan 173 pengunjung dari stesen tengah berjaya dibawa turun ke stesen bawah dengan selamat menaiki pacuan empat roda ke Taman Botani.

Mereka kemudiannya di bawa menggunakan bas untuk tiba ke stesen bawah Bukit Bendera untuk ke kenderaan masing-masing.




Source link