[ad_1]

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali perlu memberi penjelasan selepas mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan PKR di kediaman rasminya pada Isnin.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, timbalannya perlu memperjelas situasi kerana pertemuan itu sendiri menimbulkan pelbagai persoalan daripada pihak kerajaan.

“Tentu kita akan minta penjelasan dahulu. Gejala ini memang menimbulkan banyak persoalan oleh rakan-rakan. Jadi patutnya beliau beri penjelasan.

“Azmin perlu hadir mesyuarat esok (untuk beri penjelasan). Saya tidak tahu perjumpaan semalam atas kapasiti apa.

“Sebab itu saya minta lebih baik beri penjelasan, kalau atau kapasiti parti atau kerajaan, mengapa Ahli Parlimen lain tidak diundang?” soalnya semasa ditemui di lobi Parlimen di sini, pada Selasa.

BACA: ‘Saya sedia disiasat’ – Hishammuddin nafi jadi dalang pertemuan MP di rumah Azmin

BACA: Azmin Ali jumpa Ahli Parlimen PH, BN di Putrajaya?

Pada Isnin, Mohamed Azmin dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Ahli-Ahli Parlimen PH dan BH di Putrajaya.

Dipercayai kesemua mereka berada di rumah tersebut sejak pukul 7 petang dan kelihatan meninggalkan kediaman itu pada pukul 11 malam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan, Azmin seharusnya ke mesyuarat parti dan bukan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang.

Azmin dilaporkan tidak menghadiri mesyuarat parti itu sejak setahun lalu.



[ad_2]
Source link