[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kerajaan Pulau Pinang memutuskan untuk memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada 8 Mei ini, kata Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Menurut beliau, hanya sektor yang dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga sahaja dibenarkan meneruskan operasi pada 4 hingga 7 Mei ini.

Kon Yeow menjelaskan, tempoh empat hari bermula 4 hingga 8 Mei akan digunakan untuk menyediakan garis panduan menyeluruh yang lebih tersusun khususnya pada aspek penguatkuasaan.

“Malah tempoh empat hari ini juga adalah bagi membolehkan pihak syarikat, majikan, pekerja, ibu bapa dan lain-lain merancang pengoperasian serta pergerakan masing-masing.

“Ini termasuk penyediaan kelengkapan seperti pensanitasi tangan, penjarakan sosial, peraturan pemakaian pelitup muka dan sebagainya demi keselamatan bersama di premis-premis seliaan,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung di Facebook.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link