[ad_1]

KLANG: Perbincangan untuk pelaksanaan semula Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) masih di peringkat awal, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Jelasnya, langkah untuk melaksanakan penggunaan bahasa Inggeris yang diumum perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini juga belum lagi dimuktamadkan.

“Perbincangan masih di peringkat awal. Belum ada keputusan muktamad mengenainya,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hokkien Klang, di sini, hari ini.

BACA: PPSMI idea lapuk peninggalan kerajaan lama – Ketua AMK Selangor BACA: KPM akan bincang pelan pelaksanaan PPSMI – Teo Nie Ching

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pengumuman dibuat Dr Mahathir bahawa Bahasa Inggeris akan digunakan semula untuk pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik di sekolah bagi menggalakkan penggunaan bahasa antarabangsa itu.

Pemangku Menteri Pendidikan itu berkata Sains dan Matematik adalah berbeza dengan mata pelajaran lain seperti Sejarah dan Geografi, kerana ia bukan bidang ilmu yang diolah dari negara ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching menegaskan kementeriannya akan membincangkan dengan lebih lanjut pelan pelaksanaan PPSMI secara menyeluruh.

Menurutnya, setakat ini PPSMI dilaksanakan secara dwibahasa di lebih 2,000 buah sekolah seluruh negara.

Hasrat melaksanakan semula PPSMI mendapat tentangan ramai pihak, termasuk daripada kalangan pimpinan dalam Pakatan Harapan.



[ad_2]
Source link