[ad_1]

BOGOTA: Seorang wanita mendakwa dia terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam selepas kru pesawat tidak membenarkannya menggunakan tandas.

Wanita berusia 26 tahun itu mendakwa diperlakukan sedemikian dalam penerbangan Air Canada dari Bogota, Colombia ke Dublin, Republik Ireland.

Menurut laporan portal Mirror, wanita itu memohon kebenaran daripada anak kapal beberapa kali untuik  menggunakan tandas, tetapi dihalang.

“Saya bertanya sebanyak empat kali dalam tempoh dua jam sama ada boleh menggunakan tandas atau tidak.

“Saya sudah tidak dapat bertahan lagi, kemungkinan besar berlaku ‘kemalangan’ jika mereka tidak benarkan saya gunakan tandas.

“Saya bertegas namun diarah kembali ke tempat duduk, dan akhirnya berlakulah ‘kemalangan’ itu,” katanya.

Wanita itu mendakwa dia terpaksa duduk beralaskan air kencingnya sendiri selama tujuh jam hingga pesawat tiba di Toronto.

“Saya sangat malu dan kecewa dengan kru pesawat yang mengabaikan saya sepanjang penerbangan,” ujarnya lagi.

Disebabkan ‘kemalangan’ tersebut, dia terpaksa menyewa bilik hotel di bandar Kanada untuk mandi dan menyalin pakaian.

Dalam perjalanan pulang, wanita itu membuat aduan kepada syarikat penerbangan berkenaan.

Air Canada dalam pada itu dilapor menawarkan baucar bernilai CA$500 (kira-kira RM1,600) untuk penerbangan seterusnya, namun wanita itu menolak kerana tidak setimpal dengan kejadian memalukan yang menimpa dirinya.



[ad_2]
Source link