PENULIS lirik lagu tema siri televisyen “Friends”, Alle Willis meninggal dunia pada usia 72 tahun.

Berita sedih itu dikongsi rakannya Prudence Fenton menerusi media sosial.

Lapor The New York Times, Willis meninggal dunia disebabkan masalah jantung.

Selain “I’ll Be There For You” bagi tema siri televisyen “Friends”, Willis yang tersenarai dalam ‘Hall of Fame Songwriters’ pada 2018 juga terkenal dengan lagu hit “September” dan “Boogie Wonderland” nyanyian kumpulan Earth, Wind and Fire.

Willis sebelum ini memenangi anugerah Grammy pada 1985 untuk runut bunyi “Beverly Hills Cop” dan dicalonkan selama dua dekad kemudian untuk “The Color Purple.”

Dalam satu laporan akhbar Times, willis dipetik berkata dia tidak pandai bermain alat muzik, tetapi belajar menjadi penulis lirik bermula dengan hanya mendengar irama menerusi studio motown di Detroit.





Source link