[ad_1]

ALOR SETAR: Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah kekal dipimpin Datuk Seri Mukhriz Mahathir selepas 19 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan Kedah, bersetuju untuk menyokong kepimpinan beliau meskipun sebarang kata sepakat di peringkat pusat masih belum dapat dicapai.

Menurut Mukhriz, tindakan mewujudkan kepimpinan kerajaan negeri yang berstatus PH dan Bersatu ini adalah bagi menjamin kesepakatan serta proses perjalanan kerajaan negeri Kedah berjalan seperti biasa.

“Sebentar tadi saya telah menghadap, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sallehuddin, Sultan Negeri Kedah, Duli Tuanku berkenaan mendengar penjelasan mengenai situasi semasa politik negara dan negeri.

“Dalam masa sama saya telah mempersembahkan warkah penzahiran sokongan terhadap saya, daripada 18 Adun PH dan Bersatu kepada Tuanku, Alhamdulillah Tuanku telah berkenaan menerima warkah tersebut dan memperkenankan agar saya terus memegang jawatan menteri besar Kedah,” katanya semasa sidang media di kediamannya di sini, pada Khamis.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link