KUCHING: Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif RM500 kepada penjawat awam Persekutuan yang berkhidmat di negeri itu.

Pengumuman tersebut dibuat Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semasa sambutan Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Rabu.

Bagaimanapun bantuan kewangan itu akan dibayar pada Jun tahun depan.

“Sebagai menghargai perkhidmatan penjawat awam persekutuan di Sarawak saya telah berbincang bersama ahli kabinet yang hadir kita buat keputusan tambah bantuan kepada kewangan kakitangan Persekutuan di Sarawak,” katanya.

Abang Johari berkata ia merupakan tambahan kepada bantuan yang disalurkan oleh Kerjaaan Persekutuan sebanyak RM500 yang akan dibayar hujung tahun ini.

Terdapat lebih 95,000 penjawat awam Persekutuan berkhidmat di Sarawak.





Source link