[ad_1]

MELAKA: Penjawat awam di Melaka khususnya mereka yang dibenar bekerja di rumah perlu memastikan kerahsiaan dokumen atau keputusan tertentu terjamin dan terpelihara mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md Ali mengingatkan mereka supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak terlalu ghairah berkongsi sebarang maklumat sama ada dokumen atau keputusan yang masih dikategorikan sebagai rahsia dan sulit di media sosial.

Bercakap pada Amanat Penjawat Awam Bulan Mei 2020 yang disiarkan di laman Facebooknya, beliau turut mengingatkan penjawat awam supaya menggunakan media sosial dengan sebaik-baiknya bagi menyebar luas dasar kerajaan negeri.

Sulaiman berkata penjawat awam juga perlu memelihara integriti sebagai kakitangan kerajaan dengan terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang masih berkuat kuasa dalam usaha memutuskan rantaian COVID-19.

Katanya penjawat awam yang keluar rumah tanpa sebab dalam tempoh PKPB berisiko dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Beliau berkata walaupun telah banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat termasuk pembukaan lebih banyak sektor ekonomi namun undang-undang berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan ini masih lagi berkuat kuasa.

— BERNAMA



[ad_2]
Source link