[ad_1]

ALOR SETAR: ‘Malang tidak berbau’. Seorang penjaga parkir maut selepas dilanggar dan digilis kereta yang mengundur di Pekan Melayu, Jalan Sultan Muhammad Jiwa, Alor Setar, pada Rabu.

Dalam kejadian jam 4.30 petang berkenaan, mangsa yang  berusia 50-an sebelum itu dipercayai mengutip bayaran parkir daripada pemandu kereta terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, berkata pemandu kereta itu kemudian dipercayai mengundur kenderaan tanpa menyedari mangsa yang belum dikenal pasti identitinya itu berada di belakang.

“Mangsa yang terperosok ke bawah kereta itu mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan. Mayatnya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya di sini, pada Rabu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata bomba menggunakan beg udara untuk mengeluarkan mangsa.



[ad_2]
Source link