[ad_1]

KUALA LUMPUR: Kes-kes penipuan dalam talian terus meningkat sejak akhir-akhir ini ketika negara masih berdepan cabaran menangani pandemik, dan kesannya seperti pengangguran dan ekonomi yang tidak menentu.

Melibatkan kerugian jutaan ringgit dan mangsa dari pelbagai latar belakang, sindiket dalam talian itu terus antara lain bermula dengan mencuri maklumat peribadi dan butiran perbankan.

Menurut Pakar Keselamatan Siber, Aaron Ikram Mokhtar, orang ramai perlu peka dengan jenis-jenis ancaman siber untuk menjadikan mereka lebih bijak dalam mengemudi transaksi kewangan atau berkongsi data peribadi.

“Orang ramai perlu tahu pertamanya adalah phishing iaitu penjenayah menggunakan e-mel palsu untuk membawa pengguna kepada laman web yang salah untuk memperoleh maklumat mangsa. Di situ, pengguna akan memberikan maklumat dengan rela apabila melihat e-mel itu seperti e-mel rasmi tetapi sebenarnya bukan,

“Apabila menggunakan WiFi umum, kita kena berhati-hati. Pastikan kita bersambung kepada WiFi yang selamat bukannya laman web penjenayah,” jelas Aaron dalam program AWANI Pagi pada Jumaat.

Tambah Aaron, elakkan membuat transaksi kewangan ketika menggunakan WiFi umum tetapi lebih baik menggunakan talian telefon sendiri.

Aaron juga menasihati orang ramai supaya mendapat bantuan Cyber999, satu aplikasi yang disediakan agensi keselamatan sekiranya berlaku penggodaman atau kecurian data peribadi dalam talian.

Beliau juga menyeru soal keselamatan dititikberatkan ketika pengguna melayari internet dan tidak dipandang enteng kerana ramai yang hanya mengambil langkah keselamatan apabila sudah menjadi mangsa.



[ad_2]
Source link