[ad_1]

ANCHORAGE: Alaska merekodkan suhu tinggi purata paling panas pada penghujung tahun 2019 selepas setahun berdepan dengan cuaca ekstrem yang berubah-ubah.

Zon di pesisiran barat Amerika Syarikat dan di sebelah Selat Bering itu telahpun berdepan musim panas yang teruk hinggalah boleh terjadi insiden kebakaran hutan yang dahsyat. Tidak ketinggalan isu kehilangan dataran ais di laut hinggalah hujan lebat pada musim sejuk sedangkan sebelum ini cuma mendapat salji.

Hidupan liar juga menderita akibat cuaca yang huru-hara. Burung-burung laut mati dalam jumlah yang banyak manakala mamalia marin juga tidak lagi hidup dengan selesa.

Semua kegawatan itu adalah akibat daripada corak pemanasan berterusan. Alaska yang berdekatan dengan Artik menerima impak melampau berikutan kenaikan suhu dua kali ganda kadarnya berbanding keseluruhan planet Bumi, menurut para penyelidik.

“Walaupun dengan kehadiran cuaca sejuk secara tiba-tiba baru-baru ini, saya tidak dapat nafikan tahun 2019 tetap menjadi tahun yang paling panas dalam rekod,” ujar pakar klimatologi University of Alaska, Brian Brettschneider, pada Khamis.

Tahun paling panas Alaska adalah pada 2016, apabila suhu purata tahunan mencatatkan lebih daripada 0 Celsius. Itu adalah kali pertama suhu sudah tidak lagi berada di paras beku,” kata kenyataan dari Pentadbiran Laut dan Atmosfera Kebangsaan.

Pencairan besar-besaran

Pencairan pada musim bunga menyaksikan kesan pada sungai-sungai utama berlaku lebih awal daripada biasa, dan lapisan paling atas permafrost di Semenanjung Seward tidak lagi membeku sepanjang tahun.

Suhu musum panas sudah meningkat menjadi 32 darjah Celsius atau lebih di beberapa kawasan termasuk Anchorage, yang sudahpun dalam kemarau teruk. Kebakaran hutan memusnahkan kediaman, memaksa pemindahan dan mencemarkan udara selama berminggu-minggu.

Suhu laut yang meningkat pula membuatkan algae bertoksik membiak pantas di Laut Ahukchi di Artik.

Kehilangan bongkah dan dataran ais membuatkan permukaan laut menyerap lebih banyak suhu panas, mencetuskan kitaran termodinamik yang mengakibatkan siri kesan perubahan iklim di seluruh dunia, ujar Thoman.

Laut Bering menunjukkan isyarat jelas apabila populasi ikan ketara berkurangan dan bangkai-bangkai burung laut mencemari pantai.

“Situasi luar biasa pada 2019 akan menjadi petunjuk kepada masa depan Alaska. Ia akan terus berlaku,” keluh Brettschneider.



[ad_2]
Source link