[ad_1]

PUTRAJAYA: Kerajaan masih belum menetapkan sebarang keputusan sama ada untuk menilai semula subsidi petrol ataupun tidak susulan penggantungan sementara pengeluaran di dua loji minyak Aramco.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penggantungan sementara itu dilihat bakal memberi kesan kepada harga minyak di seluruh dunia.

“Kalau dia terpaksa henti pengeluaran minyak yang ditapis sebanyak satu bilion barrel, tentu mempunyai kesan terhadap harga minyak di seluruh dunia.

“Di Malaysia ini bila harga minyak naik kita beri subsidi. Kalau di United Kingdom, harga minyak naik ia akan naikkan cukai.

“Jadi bagi dia (UK), orang dia tak mengadu, tapi sebenarnya harga minyak di Malaysia ini adalah antara yang termurah di dunia,” katanya pada sidang media di sini pada Ahad.

Ditanya sama ada beliau akan menilai semula subsidi petrol, Dr Mahathir tidak menyatakannya secara terperinci.

Pada Sabtu, Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Bin Salman mengakui, penggantungan itu disebabkan oleh serangan yang dilakukan pemberontak Yemen.

Ia sekali gus mengganggu kira-kira separuh penghasilan keseluruhan syarikat berkenaan iaitu gangguan pada kira-kira 50 peratus pengeluaran keseluruhannya.



[ad_2]
Source link