[ad_1]

KUALA TERENGGANU: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat pertuduhan meliwat seorang pelajar lelaki tingkatan satu.

Bagaimanapun, tertuduh yang berusia 22 tahun itu mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh di dakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.

Kesalahan itu dilakukan pada 23 Januari lalu antara pukul 5.15 hingga 5.20 petang, di sebuah rumah di Wakaf Tapai, Marang.

Manakala bagi pertuduhan ketiga dan keempat, tertuduh didakwa mengulangi kesalahan yang sama pada 1 Febuari lalu pukul 3 dan 3.05 petang.

Tertuduh didakwa melakukan dua kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Selain itu, tertuduh turut berdepan hukuman di bawah Seksyen 377CĀ  jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak kurang dari lima dan tidak lebih dari 20 tahun penjara dan juga sebatan.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM30,000.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Amira Ruziani Wan Abdul Razak.



[ad_2]
Source link