[ad_1]

SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) mengambil beberapa langkah mitigasi susulan pencemaran yang berlaku di Sungai Selangor.

Pengurus Kanan Perhubungan Awam dan Hal Ehwal Korporat KSSB, Abd Wahab Nordin berkata pihaknya telah menambah baik prosedur operasi standard (SOP) selain menilai semula risiko di tapak-tapak projek.

“Kami telah membuat semakan SOP dan satu SOP tambahan dibuat bagi Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) KSSB selain menambah satu risiko di tapak.

“Selain itu, 11 syarat tambahan diletakkan bagi kegunaan pontoon, ‘oil boom’ disyaratkan untuk diletakkan di sekeliling pontoon selain memerlukan pengesahan pematuhan syarat pontoon oleh KSSB.

“Kita jugak menyemak semula kontrak yang ditandatangani dengan kontraktor selain semakan potensi bagi tindakan undang-undang,” katanya ketika ditemui Astro AWANI di sini, pada Khamis.

Mengakui syarikat yang menjalankan projek tersebut adalah lantikan daripada syarikat itu, Abd Wahab menjelaskan, pihaknya kini masih menunggu keputusan daripada pihak polis berkenaan siasatan terhadap pencemaran pada 21 Julai lalu.

“Sekiranya hasil daripada siasatan polis mendapati berlakunya kecuaian ke atas kontraktor yang kita (KSSB) lantik, tindakan memberhentikan kontraktor tersebut serta tindakan panelti akan kita kenakan terhadap kontraktor tersebut,” tegasnya.

Ikuti laporan eksklusif yang disediakan wartawan Astro AWANI Harits Asyraf Hasnan:



[ad_2]
Source link