[ad_1]

KUALA LUMPUR: Saluran berita Astro AWANI membuat penafian secara tegas, bahawa penularan video yang dikaitkan dengan Ketua Pengarang  Astro AWANI,  Kamarul Bahrin Haron adalah palsu.

Astro AWANI tidak pernah menyiarkan sebarang berita seperti yang didakwa oleh pihak tidak bertanggunggjawab ke atas saluran berita berkenaan.

Video yang memaparkan Kamarul Bahrin sebagai penyampai bertajuk “Suntik Mati Mulai Tanggal 14” yang dialihsuara kepada Bahasa Indonesia adalah tidak benar sama sekali.

Sebelum ini, Astro AWANI pernah melaporkan hal serupa kepada pihak berkuasa dan sedang meneliti tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan nama baik syarikat ini.



[ad_2]
Source link