[ad_1]

KUALA LUMPUR: Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi Rabu.

Allahyarham Lok-U yang berusia sekitar 40-an difahamkan sesak nafas di kediamannya di Puncak Jalil, di sini sebaik pulang dari berjogging.

Jenazah Allahyarham Lok-U kini berada di Hospital Serdang untuk proses bedah siasat sebelum dibawa pulang semula ke kediamannya bagi memberi peluang kepada keluarga dan rakan-rakan memberikan penghormatan terakhir.

Allahyarham Lok-u meninggalkan isteri, Jamariah Yusof serta empat orang anak Adam Danial, Faris Danial
Ahmad Firhan Danial dan Yasmin Damia.

Sehingga pukul 11.45 pagi tadi, berita pemergian mengejut Allahyarham Lok-U mula dikongsi oleh penggiat muzik tanah air.

Lok-U merupakan antara pemuzik yang disegani dalam kalangan penggiat muzik tanah air dan Allahyarham sering diberi tanggungjawab mengetuai kumpulan pemuzik iringan dalam pelbagai program realiti di pelbagai stesen televisyen.

BERITA LANJUT MENYUSUL



[ad_2]
Source link