[ad_1]

KUALA LUMPUR: Tindakan memintas perbualan telefon adalah sah di sisi undang-undang Malaysia.

Ironinya, kuasa ini diluaskan ketika pentadbiran Barisan Nasional di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak yang mencadangkan serta meluluskannya pada 2012.

Perkara itu dimaklumkan peguam, Syahredzan Johan, yang menyatakan pindaan telah dibuat kepada Kanun Tatacara Jenayah (CPC) yang membenarkan pemintasan dan rakan perbualan peribadi dibuat.

“Inilah sebab saya kata, ironinya perkara ini kerana pentadbiran di bawah Najib yang memberi kuasa ini kepada polis.

“Sebelum ini, ia hanya diperuntukkan untuk SPRM di bawah Akta SPRM. Namun, pada 2012, pentadbiran Najib telah meluaskan kuasa ini kepada pihak polis supaya ia boleh digunakan untuk sebarang kesalahan jenayah, tanpa mengira ia dibawah Akta SPRM atau tidak,” kata Syahredzan ketika ditemubual dalam program Consider This di Astro AWANI pada Rabu malam.

Pindaan Akta CPC pada 2012 telah memasukkan Seksyen 116 C yang memberi kebenaran kepada pendakwa raya untuk memberi kuasa kepada pegawai polis untuk ‘memintas, mendengar atau merekod’ mana-mana perbualan jika ia dianggap mengandungi maklumat berhubung pelaksanaan kesalahan.



[ad_2]
Source link