[ad_1]

IPOH: Pemimpin Perikatan Nasional Perak tiba di Istana Kinta, Ipoh antara jam 2.25 petang hingga 2.45 petang pada Khamis. 

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menjadi individu pertama tiba disusuli Pengerusi Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Ketiga-tiga mereka dititah menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada jam 3 petang.

Difahamkan, pertemuan itu adalah bagi menentukan individu yang akan dilantik sebagai Menteri Besar Perak yang baharu.

Sebelum ini, media dimaklumkan terdapat dua nama calon Menteri Besar disembah maklum kepada Sultan Perak untuk dipertimbangkan, masing-masing adalah Saarani dan Ahmad Faizal.



[ad_2]
Source link