[ad_1]
Lapor Reuters, pengakuan itu dibuat menerusi stesen televisyen Masirah TV milik kumpulan itu.
Sementara itu agensi berita Arab Saudi, Al-Arabiya TV memaklumkan tentera perikatan telah berjaya memintas serangan dron yang mensasarkan orang awam di Arab Saudi.
BACA: Kumpulan pemberontak Houthi mengaku serang lapangan terbang Arab Saudi
BACA: Malaysia kutuk serangan peluru berpandu ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Abha
BACA: Dua misil sasar Mekah dan Jeddah berjaya dipintas
Selain itu laporan juga menyebut suasana dan operasi di Lapangan Terbang Abha juga berjalan seperti biasa.
Kumpulan pemberontak Houthi yang dikatakan pro Iran telah menyingkirkan pemerintahan kerajaan Yaman yang disokong Arab Saudi dan antarabangsa pada tahun 2014.
Serangan peluru berpandu dan dron dari kumpulan itu ke Arab Saudi semakin kerap dilaporkan sejak kebelakangan ini.
[ad_2]
Source link