[ad_1]

SERI ISKANDAR: Operasi pembenihan awan akan dilakukan di lain-lain negeri selain Sarawak dan Selangor sekiranya keadaan jerebu di kawasan tersebut bertambah buruk.

Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, operasi itu akan dilakukan mengikut atmosfera serta kadar kelembapan dalam udara yang sesuai.

“Sekiranya arah angin tidak berapa membantu untuk buat pembenihan awan, kita tidak akan laksanakan (operasi) sebab nanti ia tidak akan efektif,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Go Nature Campaign 2.0 di Universiti Teknologi Petronas di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Isnaraissah Munirah menasihatkan orang ramai supaya tidak memburukkan keadaan jerebu yang melanda negara ketika ini dengan membuat pembakaran terbuka termasuklah membakar sampah di kawasan persekitaran kediaman.

“Kita telah melaksanakan penguatkuasaan (terhadap aktiviti pembakaran terbuka) secara besar-besaran di seluruh negara dalam menangani menghadapi situasi jerebu namun kecuali bagi aktiviti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan atau barbeku,” katanya.

Isnaraissah Munirah turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat pelbagai spekulasi di media sosial dengan menuding jari kepada Indonesia berikutan masalah jerebu.

“Ini bukan (mencari salah) Malaysia atau Indonesia yang menjadi punca (jerebu) tetapi apa yang penting sekarang kebakaran yang berlaku itu perlu dipadamkan secepat mungkin

Katanya Kuala Lumpur dan Jakarta secara diplomasi telah melaksanakan langkah-langkah tertentu dalam menangani isu jerebu. – BERNAMA



[ad_2]
Source link