[ad_1]

LANGKAWI: Pembangunan di Langkawi selepas ini tidak akan menjadi sepantas pada masa Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.
 
Ketua Umno Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad menegaskan, ia sekali gus mungkin menyebabkan rakyat di bumi Mahsuri itu akan kecewa dengan situasi berkenaan.
 
“Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ketujuh sudah melepaskan jawatannya dan akan mempunyai lebih banyak masa untuk datang ke Langkawi.
 
“Kalau Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri tentu ada banyak pembangunannya. Banyak pembangunan di Langkawi semasa dia menjadi Perdana Menteri seperti teknologi 5G baru-baru ini.
 
“Tetapi bila menjadi Ahli Parlimen biasa ini tentu kurang untuk bawa peruntukan ke Langkawi. Mungkin ini akan menyebabkan kekecewaan kepada orang Langkawi,” katanya semasa ditemui di sini, pada Ahad.
 
Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat menegaskan, pengumuman Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan daripada Istana Negara membawa impak positif dan rahmat kepada penduduk Langkawi.
 
Katanya, Tun Dr Mahathir akan mempunyai lebih banyak masa di Langkawi selain dapat memberikan tumpuan penuh kepada pembangunan lokasi ini.
 
Langkawi mencatat sejarah apabila menjadi lokasi Projek Demonstrasi 5G (5GDP) yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) baru-baru ini.
 
Dengan 5GDP Langkawi kini dilengkapi dengan 5G, menjadikannya Pulau Pelancongan Digital dan Pintar yang pertama di dunia.
 
Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Datuk Azizan Noordin menjelaskan, pihaknya menyasarkan pendapatan dalam sektor pelancongan di Langkawi akan mencecah RM9 bilion menjelang 2020.   
 
Katanya sasaran itu ditetapkan berdasarkan jangkaan pulau ini dapat menarik lima juta orang pelancong menjelang tahun ini berbanding 3.67 juta orang yang dicatatkan tahun lepas.



[ad_2]
Source link