[ad_1]

KUALA NERUS: Seorang pemandu jengkaut maut selepas ditimbus tanah bersama jenteranya ketika melakukan kerja melebur bukit.

Kejadian berlaku di Kampung Pulai Baru, Bukit Berangan, Kuala Nerus kira-kira jam 5.30 petang Sabtu.

Mangsa Muhamad Amiruddin Abdul Ghani, 21 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof berkata sejurus menerima panggilan seramai tujuh kekuatan bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya ketika tiba pihaknya mengesan seorang lelaki telah tertimbus dengan tanah bersama jangkaut.

Beliau berkata kerja-kerja mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 20 minit dengan bantuan sebuah jengkaut yang lain dan disahkan meninggal oleh pegawai perubatan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.



[ad_2]
Source link