[ad_1]

PEMAIN dram kumpulan rock klasik Rush, Neil Peart meninggal pada usia 67 tahun.

Peart yang didiagnosis menghidap barah otak sejak tiga tahun lalu meninggal dunia pada 7 Januari di Santa Monica, California.

Mendiang yang dianggap antara pemain dram rock terbaik ini pernah diangkat dalam senarai Pemain Dram Moden tersohor pada tahun 1983.

Peart bersara daripada kugiran Rush pada 2015 sebelum kumpulan itu berpecah pada 2018.

Selain bermain muzik, mendiang juga menulis tujuh buku bukan fiksyen, termasuk memoir “Traveling Music: Playing Back the Soundtrack to My Life and Times.”

Peart meninggalkan seorang isteri dan anak perempuan berusia 10 tahun.



[ad_2]
Source link