[ad_1]

PELAMIN anganku musnah!

Majlis persandingan pasangan pengantin baharu yang sepatutnya memberi seribu satu kenangan indah kepada mempelai bertukar sebaliknya apabila ia terbongkar sebagai ‘perkahwinan sejenis’.

Dalam insiden yang berlaku di Desa Baringeng, Kecamatan Lilirilau, Sulawei Selatan pada 9 Jun lalu, tetamu yang menghadiri majlis tersebut didakwa mengesyaki sesuatu yang tidak kena pada personaliti ‘pengantin lelaki’.

Menurut laporan Tribunnews.com, majlis persandingan pengantin perempuan yang dikenali sebagai MT dengan ‘pasangannya’, MTR, 24, pada mulanya berjalan lancar.

Bagaimanapun, identiti ‘pengantin lelaki’ itu gagal disembunyikan selepas tetamu mula curiga dengan perwatakannya yang didakwa mirip seorang wanita.

Keraguan itu membawa kepada tindakan penduduk setempat untuk mencari asal usul ‘jejaka itu’ melalui ketua kampung di kawasan tersebut.

Hasil maklumat yang diperoleh daripada ketua kampung pasangan tersebut akhirnya membawa kepada pembongkaran kisah sebenar bahawa ‘lelaki itu’ rupa-rupanya seorang wanita.

“Ramai orang kampung membuat laporan mengenai keraguan pengantin lelaki itu dan akhirnya saya berhubung dengan ketua kampung pengantin itu.

“Ternyata daripada maklumat, dia adalah perempuan,” kata ketua kampung Desa Baringeng, Andi Aris melalui mesej pesanan ringkas kepada portal tersebut pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Kampung Pising, Kecamatan Donridonri, Sitti Salmiah mengakui, pihaknya tidak mengetahui mengenai perkahwinan pasangan tersebut.

“Memang benar dia penduduk (kampung) saya dan dia seorang perempuan. Mengenai pernikahannya, kami tidak tahu sebab tiada laporan yang diterima di pejabat,”katanya.

Difahamkan, pasangan itu menjalin cinta sejak lima bulan lalu.

MT dilaporkan mengetahui identiti MTR adalah seorang wanita sejak dua bulan lalu.

Bagaimanapun, kerana cinta, MT sanggup menerima lamaran ‘kekasihnya’ itu.



[ad_2]
Source link