PELAKON Bollywood, Kushal Punjabi  yang popular dengan lakonannya di dalam drama bersiri Ishq Mein Marjawan dan beberapa buah filem ditemui mati di rumahnya di Pali Hill, Mumbai pada Jumaat.

Polis menemukan mayat pelakon berusia 37 tahun itu dalam keadaan tergantung bersama satu catatan bunuh diri olehnya.

Pemergian pelakon itu, sudah tentu sangat dirasai oleh rakan-rakan artis yang lain.

Salah seorang selebriti, Karanvir Bohra antara yang terkejut dengan kematian pelakon yang turut membintangi drama bersiri Hum Tum.

Bagi Karanvir sebelum ini dia gemar melihat kehidupan Kushal kerana sering memberikannya inspirasi.

BACA: Lagi pelakon Korea Selatan ditemui mati

Selain Karanvir, beberapa bintang televisyen seperti Karan Patel, Shweta Tiwari, Jay Bhanushali dan Baba Sehgal turut menyatakan kesedihan kerana kehilangan Kushal.

Kushal Punjabi meninggalkan seorang isteri, Audrey Dolhen dan seorang anak lelaki, Kian.

Bukan sahaja drama siri malah mendiang juga pernah muncul dalam beberapa filem seperti Lakshya, Kaal, Salaam-e-Ishq dan Dhan Dhana Dhan Goal.





Source link