[ad_1]

ALOR SETAR: Seorang pelajar tahfiz antara sembilan remaja yang ditahan polis kerana terbabit melakukan aski berbahaya dalam operasi di dua lokasi berasingan di Bandaraya Alor Setar, malam tadi.

Dia yang berusia 16 tahun bersama-sama lapan rakan lain yang berusia antara 13 hingga 16 tahun itu dicekup  di Jalan Alor Belat dan Kampung Batin, Mergong kira-kira pukul 12 tengah malam.

Selain pelajar tahfiz itu, enam lagi remaja lain yang masih bersekolah sementara dua orang lagi yang sudah bekerja turut ditahan.

Kesemua remaja lelaki itu didakwa turut melakukan aksi wheelie iaitu mengangkat tayar hadapan motosikal yang ditunggangi mereka.

Bagaimanapun, perbuatan berani yang dilakukan mereka tidak lama apabila kesemua mereka yang terdiri daripada lima penunggang motosikal dan empat pembonceng itu berakhir apabila polis menahan mereka.

Operasi Op Samseng Jalanan yang dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar itu diketuai Inspektor Nor Hafiz Mohd Wazir.

Dalam operasi itu, dua remaja lelaki ditahan di Jalan Alor Belat manakala tujuh lagi ditahan di Kampung Batin dan empat motosikal disita.

Berikutan itu, polis menyita enam motosikal yang ditunggangi mereka ketika melakukan aksi merbahaya itu untuk membantu siasatan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Mohd Redzuan Salleh, memaklumkan kesemua mereka ditahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Antara saman yang dikeluarkan membabitkan kesalahan tiada lesen dan cukai jalan tamat tempoh, mengubahsuai kenderaan serta pelbagai kesalahan trafik lain.



[ad_2]
Source link