[ad_1]

KANGAR: Seorang bapa khuatir dengan nasib yang menimpa terhadap anak sulungnya, yang dikatakan hilang sejak 13 Februari lepas.

Kata Mohd Shafini Idris, merayu sesiapa yang tahu lokasi di mana anaknya, untuk melaporkan segera kepada pihak berkuasa.

Kehilangan Ahmad Amirul, 15 tahun, disedari apabila dia dikesan tiada di bilik asramanya di Maahad Tahfiz Imam Al Nawawi (MATIN), Kangar, oleh gurunya, pada 8.15 malam.

Kata Mohd Shafini, pada pagi Ahad lalu, dia mendapat maklumat bahawa anaknya, dilihat berada di Stesen Keretapi Arau.

Ketika itu, anaknya dikatakan berada dalam keadaan keliru, dan hanya menjawab “namanya Hafiz dan mahu pulang ke Sik”.

Namun apabila ditanya soalan lain, dia dikatakan bingung dan tidak menjawab pertanyaan itu.

Kemudiannya, individu berkenaan menghantar anaknya menaiki keretapi namun sehingga kini dia belum mendapat perkhabaran terbaharu, dimana lokasi anaknya berada… Sama ada turun di Stesen Keretapi Gurun, atau pun Pulau Pinang.

Mohd Shafini yang juga seorang guru yang mengajar di Sik merayu, sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak anaknya, untuk segera menghubunginya di talian 013-4740491.

Katanya, tanda yang mudah dilihat ialah tangan kiri Ahmad Amirul hanya mempunyai ibu jari sahaja.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata… kes berkenaan masih dalam siasatan.

Pun begitu, Wari meminta mana-mana orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kehilangan pelajar berkenaan untuk menghubungi balai polis terdekat bagi membantu siasatan mengikut klasifikasi Orang Hilang.



[ad_2]
Source link