[ad_1]
Beliau berkata ia adalah prosedur yang telah ditetapkan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).
“Sebaik selesai menjalani ujian swab, pelajar-pelajar akan dibenarkan balik dan menjalani kuarantin di rumah masing-masing.
“Bagi pelajar yang bergejala, mereka akan dimasukkan ke pusat kuarantin.
“Bagi pelajar yang rumah mereka tidak sesuai atau tidak memenuhi kriteria untuk kuarantin di rumah, maka pelajar tersebut terpaksa tinggal di pusat kuarantin.
“Contoh tidak sesuai ialah tiada bilik persendirian yang mempunyai tandas sendiri atau rumah terlalu ramai penghuni, dan terdapat warga emas yang tinggal bersama,” katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, bagi pelajar yang balik dari luar negara dan belum dikuarantinkan di Kuala Lumpur, perlu masuk ke Pusat Kuarantin selama 14 hari, apabila tiba di negeri ini.
Dr Yusof berkata, mengikut data terbaharu yang dikeluarkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), jumlah pergerakan pelajar dari Semenanjung dan Sarawak ke Sabah adalah 11,653 dan jumlah pelajar dari Sabah ke Semenanjung dan Sarawak pula adalah 3,375.
“Semua tiket penerbangan akan dibiayai KPT. Universiti Malaysia Sabah telah dilantik dan dipertanggungjawabkan sebagai pengurus Zon Sabah oleh KPT.
“Universiti berkenaan bertanggungjawab untuk mengurus semua pergerakan pelajar keluar, masuk, dan dalam negeri Sabah,” katanya.
— BERNAMA
[ad_2]
Source link