[ad_1]

WASHINGTON : Protes di Washington memusnahkan satu-satunya patung Jeneral Konfederasi sebelum membakarnya.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyifatkan tindakan itu sebagai amat memalukan.

Penunjuk perasaan menjatuhkan patung Albert Pike sambil melaungkan slogan ‘Black Lives Matter’ dan kemudian membakarnya.

Trump turut memuat naik kapsyen di Twitter berhubung kejadian itu dengan memetik polis tidak menjalankan tugas dan sekadar menyaksikan perbuatan penunjuk perasaan berkenaan.

Trump dan Datuk Bandar Washington, Muriel Bowser sebelum ini berbeza pendapat berhubung penggunaan kekerasan di ibu negara terbabit yang menyaksikan Trump mengerahkan pasukan keselamatan  bagi meredakan ketegangan yang memuncak.

Perarakan dan demonstrasi berlangsung di seluruh Amerika menuntut keadilan perkauman susulan kematian George Floyd.

Penunjuk perasaan sebelum itu berkumpul di Washington berhampiran Lincoln Memorial dan White House.

Beberapa monumen pemimpin konfederasi diruntuhkan oleh penunjuk perasaan sebagai membantah perkauman sistemik, keganasan polis dan ketidakadilan.



[ad_2]
Source link