[ad_1]

KUALA LUMPUR: Susulan peningkatan kes COVID-19 yang dikaitkan dengan kluster jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling sejak beberapa hari lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menubuhkan Pasukan Khas bagi menyiasat dan mengesan saki baki jemaah yang enggan menjalani saringan kesihatan di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan sehingga kini seramai 7,671 orang jemaah tabligh telah dikesan dan menjalani saringan kesihatan.

“Pihak PDRM telah menubuhkan satu task force diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman yang bertanggungjawab menyiasat serta mengumpul maklumat orang awam. Orang awam boleh menelefon polis mengatakan jiran mereka seorang ahli jemaah ini diketahui telah ke sana, tetapi dia tak keluar rumah tidak mahu tampil ke hospital.

“Bertindak atas maklumat itu, polis akan menyiasat perkara ini dan membawa perkara ini ke perhatian Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan satu pasukan telah pergi ke rumah itu, banyak kes ini sumbangan orang ramai. Saya amat menghargai perkara ini, memudahkan pasukah khas. Sehingga kini, PDRM telah mengenal pasti 7,671 orang ahli jemaah tabligh yang turut serta dalam perhimpunan itu,” katanya ketika hadir pada Buletin AWANI Khas di Astro AWANI di sini hari ini.

Bagaimanapun, jika didapati mereka masih enggan menjalani saringan kesihatan dan terus bersembunyi, tegas Abdul Hamid, tindakan akan diambil untuk mereka yang berdegil bagi menjalani saringan.



[ad_2]
Source link